Tuesday, 23 August 2016

Throwback


Rasa macam nak cerita balik je saat-saat nak buat program gotong royong kat rumah anak yatim hari tu. Sebenarnya kami plan nak pergi sekali dengan sebuah lagi kumpulan, Al-kisahnya nak jadikan cerita, berlakulah miss comunication , kami dapat tahu nak pergi rumah anak yatim tu sehari sebelum hari kejadian . Maka , akak-akak yang tabah ni mulalah mencari buah tangan untuk dibawa kesana. Cari punya cari , kami sepakat nak belikan hamper je untuk budak-budak tu.. Pergilah ke pasaraya yang satu-satunya ada di Pekan Tanjung Malim ni.. Time tu rasanya dah nak dekat malam kot baru ingat nk g beli hamper.. hahaha , Alhamdulillah walai macam mana pun hamper berjaya dibeli dan diserahkan kepada tumah anak yatim tersebut ...


seronok akak-akak ni nak pergi cari hamper :)



♥ TERIMA KASIH ♥

Sunday, 14 August 2016

Rindu


dah sebulan rasanya masa berlalu .. Rindu dekat budak-budak kat rumah anak yatim tu .. teringat lagi bertapa gembiranya mereka bila kami datang .. hah  ! yang paling best masa kami bagi duit raya tu lah , bersinar-sinar wajah kegembiraan... hahahaha , mana tak gembira, ada orang nak bagi duit raya ... 


Semua ini hanya tinggal kenangan :(


♥ TERIMA KASIH ♥

Saturday, 6 August 2016


Rumah Anak Yatim Tanjung Malim.

Hari ni rasa macam nak kongsi sikit pengalaman pegi melawat anak-anak yatim di Tanjung Malim ... kami pergi 2 minggu lepas raya .. Sedih juga lah tengok adik-adik di rumah anak yatim tu.. Mana tak sedih , mood raya masih ada lagi dalam diri ni tau tapi bila tengok mereka semua beraya  tanpa keluarga , hurmm , terdetik juga lah hati macam mana lah aku nanti kalau aku di tempat mereka .. Hah , apa pun syukurlah sebab kita masih ada keluarga nak sambut raya kan ??


hah , sebelum nak mulakan aktiviti gotong-royong kat rumah anak yatim tu kita bergambar lah dulu yee....


masing-masing serius je dengar taklimat sebelum nak bergotong-royong ... Dengar-dengar jangan tak dengar ...







dah habis dengar taklimat , masing-masing memulakan tugas masing-masing .. Hampir 4 jam macam tu kot kami bersihkan apa yang patut kat rumah anak yatim tu...


bila dah siap semuanya , dah cantik rumah anak yatim tu , kami berikan sebuah hamper untuk anak-anak yatim di rumah tu sebagai tanda terima kasih menerima kehadiran kami disitu ... Hah , dah kata musim raya kan , kami adalah juga bagi sikit duit raya kat adik-adik disana .. Gembira mereka bila dapat duit raya ttu ... Hahahaha ... Walau macam mana pun , kami harap kami dapat datang lagi ke rumah anak yatim tu ... Rasa macam dah rindu pulak kat adik-adik di sana...









♥ TERIMA KASIH ♥

Monday, 1 August 2016

Sekadar Berkongsi :)


Saje nak kongsi , siapa-siapa yang rajin main fb tu blh lah rajin-rajin like page rumah anak yatim Tanjung Malim ni ... Manalah tahu terdetik di hati bila dah buka page tu nak pergi buat kerja amal ke , xpun nk pergi bagi sumbangan ke .. hahaha ...


♥ TERIMA KASIH ♥

Saturday, 9 July 2016

Good News :)

Tengah-tengah sibuk beraya ni , dapat pula wassap kata boleh pergi buat kerja amal dekat rumah anak yatim tanjung malim ... Hoooooreyy ! hahaha, Alhamdulillah , selesai satu masalah ..

Meh nak cerita sikit pasal Baitul Mahabbah Tanjung Malim Perak ni. Sebenarnya tempat ni merupakan sebuah pusat jagaan anak yatim dan asnaf zakat yang mula beroperasi sejak tahun 2007 dan telah didaftarkan di bawah no IP1609978.
Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Zakat ini menempatkan seramai 8 orang penghuni terdiri dari anak-anak yatin dan asnaf zakat pada peringkat permulaan penubuhannya. pada tahun 2011, penghuni rumah ini telah bertambah seramai 18 penghuni terdiri dari anak-anak kecil (pelajar tahun 1 - 6)

♥ TERIMA KASIH ♥

Thursday, 16 June 2016

Projek Amal Coming Soon !

Projek baru bakal menyusul !!! hahahaha ... dapat tahu kene buat projek amal untuk kelas Puan Rubby ... apa ye yang sesuai ?? Time2 puasa ni macam kekurangan idea pula.. Hurmmm , rasa mcam nak gabung dengan kumpulan lain untuk pergi rumah anak yatim lah .. takpe kita bincang dulu macam mana , ada tak agak-agak kumpulan yang sudi nak pergi sekali dengan kami ..

Sementara kita tunggu lect datang , apa lagi perah otaklah nak buat kerja amal dekat mana ye .. 
p/s : hahaha , sempat lagi tu nak ambil gambar ..

♥ TERIMA KASIH ♥

Saturday, 4 June 2016

Tuan Punya Tanah !

Hai semua !! hari ni rasa macam nak kenalkan je ahli kumpulan moral.. sape mereka ni ye ?? hurm ,, baiklah , ahli kumpulan pertama yang akan dikenalkan ialah :

tadaaaa!! siapakah gerangan si dia ini ?? hah , nama diberi Siti Nurfahizah Aimi Binti Mohd Hanifah (E20151012561)


yang ni pula nama dia Noormastura Binti Mat Hussin (E20151012441)


hah , yang comel ni pula nama dia Aisyah Binti Zamani (E20151012543)


hurm , yang ala-ala cina ni pula nama dia Muhsinah Binti Abd Jalil (E20151012518)


okey , yang berbunga bagai ni pula nama dia ialah Auni Batrisyia Zulaikha Binti Muhammad (E20151012476)


hah , putih tak ?? Ni nama dia Wan Nur Shamila Binti Wan Fauzi (E20151012967)

puteri terakhir dalam kumpulan kami ni pula nama dia Nureen Ain Binti Khairul Azlan (E20151012948)


satu-satunya putera dalam kumpulan ni ialah Saharudin a/l Rosli (E20151012434) 

♥ TERIMA KASIH ♥

The Sheets of My Journey © 2013 | Template Designed By Blog Bingkisan Hati