Saturday 6 August 2016


Rumah Anak Yatim Tanjung Malim.

Hari ni rasa macam nak kongsi sikit pengalaman pegi melawat anak-anak yatim di Tanjung Malim ... kami pergi 2 minggu lepas raya .. Sedih juga lah tengok adik-adik di rumah anak yatim tu.. Mana tak sedih , mood raya masih ada lagi dalam diri ni tau tapi bila tengok mereka semua beraya  tanpa keluarga , hurmm , terdetik juga lah hati macam mana lah aku nanti kalau aku di tempat mereka .. Hah , apa pun syukurlah sebab kita masih ada keluarga nak sambut raya kan ??


hah , sebelum nak mulakan aktiviti gotong-royong kat rumah anak yatim tu kita bergambar lah dulu yee....


masing-masing serius je dengar taklimat sebelum nak bergotong-royong ... Dengar-dengar jangan tak dengar ...







dah habis dengar taklimat , masing-masing memulakan tugas masing-masing .. Hampir 4 jam macam tu kot kami bersihkan apa yang patut kat rumah anak yatim tu...


bila dah siap semuanya , dah cantik rumah anak yatim tu , kami berikan sebuah hamper untuk anak-anak yatim di rumah tu sebagai tanda terima kasih menerima kehadiran kami disitu ... Hah , dah kata musim raya kan , kami adalah juga bagi sikit duit raya kat adik-adik disana .. Gembira mereka bila dapat duit raya ttu ... Hahahaha ... Walau macam mana pun , kami harap kami dapat datang lagi ke rumah anak yatim tu ... Rasa macam dah rindu pulak kat adik-adik di sana...









♥ TERIMA KASIH ♥

1 comment:

Unknown said...

Boleh saya tahu di mana rumah anak yatim ini

The Sheets of My Journey © 2013 | Template Designed By Blog Bingkisan Hati